
Urus pusat tuisyen dengan lebih bijak.
Dibina khas untuk pusat tuisyen di Malaysia
Masalah Harian
Pernah hadapi masalah ini?
- 01

Yuran tertunggak
Susah nak tahu siapa yang belum bayar? Kena semak rekod satu per satu setiap bulan.
Dengan Cendekia: Senarai yuran tertunggak dikemas kini secara automatik.
- 02

Rekod manual & Excel
Maklumat pelajar, kehadiran dan bayaran disimpan dalam fail yang berbeza. Susah nak cari bila diperlukan.
Dengan Cendekia: Semua rekod disimpan dan diurus dalam satu sistem.
- 03

Jadual kelas bertindih
Kelas bertembung, cikgu ada dua kelas pada masa yang sama atau bilik dah penuh tanpa disedari.
Dengan Cendekia: Pertindihan jadual dikesan secara automatik.
- 04

Ibu bapa kerap bertanya
Setiap hari ada pertanyaan tentang yuran, jadual, kehadiran dan prestasi anak.
Dengan Cendekia: Ibu bapa boleh semak maklumat anak melalui portal sendiri.
Satu Dashboard
Semua maklumat penting, sekali pandang.
Pantau jumlah pelajar aktif, kutipan yuran, bayaran tertunggak dan kadar kehadiran dalam satu dashboard.
Semua angka dikira secara automatik berdasarkan rekod pusat tuisyen anda. Nak semak prestasi cawangan tertentu atau bulan sebelumnya? Hanya perlu beberapa klik.

Ciri-ciri Cendekia
Semua yang pusat tuisyen anda perlukan.
Daripada pendaftaran pelajar hingga urusan bayaran dan laporan, semuanya boleh dibuat dalam satu sistem. Lebih teratur, kurang kerja manual.
Pengurusan Pelajar
Daftar dan urus maklumat pelajar dengan mudah. Hubungkan akaun ibu bapa dan adik-beradik, import data daripada Excel atau CSV, serta eksport rekod bila diperlukan.
Kelas & Jadual
Susun jadual kelas mingguan dengan lebih mudah. Sesi kelas dijana secara automatik dan sebarang pertindihan jadual cikgu, bilik atau pelajar akan dikesan lebih awal.
Pengurusan Kehadiran
Cikgu boleh tandakan kehadiran pelajar dengan sekali klik. Admin pula boleh pantau rekod, trend kehadiran dan laporan bulanan bagi setiap pelajar.
Invois & Bayaran
Jana invois bulanan secara automatik, tetapkan diskaun adik-beradik, rekod bayaran separa dan keluarkan resit atau invois dalam format PDF.
Prestasi Akademik
Rekod keputusan peperiksaan, pantau perkembangan pelajar dan kenal pasti subjek yang memerlukan lebih perhatian.
Portal Cikgu & Ibu Bapa
Cikgu boleh semak jadual kelas dan urus tugasan harian. Ibu bapa pula boleh melihat jadual, kehadiran, invois dan laporan prestasi anak mereka.

Paparan Jadual Mingguan
Semua jadual kelas, cikgu, bilik dan cawangan disusun dalam satu kalendar yang mudah digunakan.

Lembaran Kerja AI
Hasilkan lembaran kerja berserta skema jawapan dalam beberapa saat. Cikgu boleh semak dan edit sebelum digunakan.
Cendekia AI
Tanya saja. AI bantu cari jawapannya.
Tak perlu lagi buka satu demi satu laporan untuk cari maklumat. Tanya Cendekia AI menggunakan bahasa harian dan dapatkan jawapan berdasarkan rekod sebenar pusat tuisyen anda.
Cendekia AI
Pembantu AI · Analisis Kehadiran
Pengguna bertanya kelas mana yang mempunyai kadar kehadiran paling rendah dalam tempoh 3 bulan terakhir. AI membaca rekod kehadiran dan menjawab dengan carta: Form 1 Science di Taman Ria, 69.2%.
Paparan ini menggunakan data contoh untuk tujuan demonstrasi.
Bagaimana Cendekia AI berfungsi
- AI mengakses rekod melalui fungsi yang telah disemak dan disahkan.
- Cikgu boleh menyemak hasil AI sebelum dikongsi.
- Hanya data yang diperlukan dihantar kepada AI.

Pengurusan Multi-cawangan
Banyak cawangan, satu akaun.
Urus semua cawangan pusat tuisyen anda tanpa perlu bertukar akaun.
Pantau prestasi keseluruhan, bandingkan kutipan yuran antara cawangan atau fokus pada satu cawangan sahaja. Semuanya dalam satu dashboard.
Setiap staf hanya boleh mengakses maklumat mengikut peranan dan cawangan yang ditetapkan.
- Pelajar tanpa had
- ∞
- Pelajar tanpa had
- Akaun pusat tuisyen
- 1
- Akaun pusat tuisyen
- Jenis peranan
- 5
- Jenis peranan
Akses Mengikut Peranan
Pemilik
Akses semua cawangan, tetapan sistem dan log audit.
Admin Cawangan
Urus maklumat dan operasi cawangan masing-masing.
Kewangan
Urus dan pantau invois serta bayaran daripada semua cawangan.
Cikgu
Akses jadual kelas, kehadiran dan rekod markah pelajar sendiri.
Ibu Bapa
Lihat maklumat, jadual, kehadiran dan laporan anak sendiri sahaja.
- Lihat Semua Peranan Dalam Demo
Mudah Untuk Bermula
Mula guna Cendekia dalam 3 langkah.
Jadualkan Demo
Hubungi kami melalui WhatsApp untuk sesi demo ringkas. Kami akan tunjuk cara Cendekia berfungsi dan jawab soalan berkaitan keperluan pusat tuisyen anda.
Kami Bantu Setup Akaun
Kami bantu sediakan akaun, cawangan, jadual kelas, struktur yuran dan import senarai pelajar sedia ada.
Terus Mula Guna
Kami beri panduan kepada admin dan cikgu supaya mereka boleh mula menggunakan Cendekia untuk mengurus kehadiran, bayaran dan laporan harian.
Termasuk Dalam Setiap Langganan
Sokongan WhatsApp
Ada soalan atau perlukan bantuan? Hubungi terus pasukan kami melalui WhatsApp.
Pengasingan Data
Data setiap pusat tuisyen diasingkan untuk memastikan maklumat tidak bercampur dengan pusat lain.
Akses Mengikut Peranan
Staf dan ibu bapa hanya boleh melihat maklumat yang dibenarkan.
Log Audit
Setiap perubahan penting direkodkan untuk memudahkan semakan oleh pemilik.
Pakej Cendekia
Pilih pakej yang sesuai untuk pusat tuisyen anda.
Starter
RM79/bulan
Sesuai untuk pusat tuisyen yang baru bermula.
- 1 cawangan
- Pelajar tanpa had
- Pengurusan pelajar & kelas
- Rekod kehadiran
- Invois & rekod bayaran
Pro
RM149/bulan
Lebih banyak kemudahan untuk urusan harian pusat tuisyen.
- 2 cawangan
- Pelajar tanpa had
- Semua ciri Starter
- Portal ibu bapa & cikgu
- Pembantu AI
- Laporan & lembaran kerja AI
- Paling Popular
Business
RM249RM199/bulanHarga khas untuk 12 bulan pertama
Sesuai untuk pusat tuisyen yang mempunyai beberapa cawangan dan memerlukan analitik yang lebih lengkap.
- 3 cawangan
- Pelajar tanpa had
- Semua ciri Pro
- Dashboard multi-cawangan
- Analitik AI lanjutan
- Sokongan keutamaan
Tawaran Khas 10 Pusat Tuisyen Pertama!
RM249RM199/bulan
Dapatkan pakej Business pada harga RM199/bulan untuk 12 bulan pertama. Harga biasa RM249/bulan akan dikenakan mulai bulan ke-13.
Yuran Setup & Onboarding RM499 — Bayaran sekali sahaja
Merangkumi bantuan penyediaan akaun dan proses onboarding.
Semua pakej menawarkan pelajar tanpa had. Tawaran RM199/bulan hanya untuk pakej Business dan terhad kepada 10 pusat tuisyen pertama bagi tempoh 12 bulan pertama langganan.
Soalan Lazim
Ada soalan? Kami sedia membantu.
Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang sering ditanya tentang Cendekia.
Masih ada soalan? WhatsApp kami di 011-5435 5271.
Tanya Melalui WhatsAppTidak. Semua pakej Cendekia membolehkan anda mengurus pelajar tanpa had bagi setiap cawangan.
Boleh. Semua cawangan berada dalam satu akaun pusat. Pemilik boleh melihat semua cawangan sekali gus atau satu demi satu, manakala admin cawangan hanya melihat cawangan masing-masing.
Senarai pelajar boleh diimport daripada fail Excel/CSV, sehingga 1,000 pelajar bagi setiap muat naik. Sistem menyemak setiap baris dan menunjukkan pratonton sebelum data disimpan.
Cendekia boleh dibuka terus di pelayar telefon dan ditambah ke skrin utama seperti aplikasi. Aplikasi mudah alih khas untuk ibu bapa dan cikgu sedang dibangunkan.
Data setiap pusat tuisyen diasingkan sepenuhnya. Akses ditetapkan mengikut peranan dan cawangan, dan perubahan penting direkodkan dalam log audit. AI hanya membaca data melalui alat yang disemak kebenarannya, bukan pertanyaan pangkalan data bebas.
10 pusat tuisyen pertama yang melanggan pakej Business membayar RM199 sebulan (harga biasa RM249) untuk 12 bulan pertama. Selepas itu harga kembali kepada RM249 sebulan. WhatsApp kami untuk tempah slot.

Sedia untuk urus pusat tuisyen dengan lebih mudah?
Kurangkan kerja manual dan urus semuanya dengan lebih teratur menggunakan Cendekia.
Jadualkan sesi demo melalui WhatsApp. Kami akan tunjuk cara Cendekia membantu mengurus operasi harian pusat tuisyen anda.
Jadualkan Demo